Wednesday, May 1, 2013
Nota Sistem Suria Kita
SISTEM SURIA KITA
1. Sistem Suria terbentuk daripada
a. Matahari
b. Planet-planet
c. Asteroid
d. Komet
e. Meteor
2.
Matahari adalah pusat Sistem Suria.
3. Semua planet mengelilingi Matahari dalam lintasan bujur yang besar.
4. Planet juga berputar dengan sendiri ketika mengelilingi Matahari.
5. Terdapat 8 planet dalam Sistem Suria.
6. Asteroid ialah ketulan batuan besar yang mengelilingi Matahari.
7. Komet terdiri daripada batuan, debu dan ais yang mengelilingi Matahari. Apabila komet mendekati Matahari, komet menghasilkan ekor panjang yang berbara.
8. Meteor ialah batuan kecil yan berasal daripada asteroid. Meteor kerap memasuki atmosfera Bumi dan terbakar menghasilkan cahaya.
Subscribe to:
Posts (Atom)